Keputusan PRU13 Parlimen Putrajaya 2013 : Husam Musa (PAS) VS Tengku Adnan (UMNO)? Kunci Putrajaya Ditangan Mereka!

Written By kom enampulpat on Kamis, 25 April 2013 | 12.50

keputusan pru13 putrajaya

Keputusan PRU13 Putrajaya : Bandar Putrajaya. Siapa yang tidak tahu Putrajaya sebuah kota pentadbiran negara yang gah dilengkapi prasarana serba moden dan pintar disediakan kerajaan  sejak sedekad lalu jadi tidak mudah untuk mana-mana parti lain untuk merampas kota yang dipasak kukuh dengan pemodenan dan ditunjukkan kepada rakyat malaysia sebagai antara nadi kemajuan rakyat Malaysia. Di mana kebenarannya? 

Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan PRU13 2013 (P125 Putrajaya)

keputusan pru13 putrajaya

Dengan kebanyakan pengundi di Parlimen Putrajaya merupakan kakitangan kerajaan, kawasan ini dikatakan kubu kuat BN mengambil kira sentimen kebanyakan kakitangan awam majoritinya akan menyokong Barisan Nasional. Benarkah?

  • Tengku Adnan Mansor, sekali lagi diletakkan sebagai calon terbaik BN di Putrajaya
  • PAS meletakkan Naib Presidennya, Husam Musa untuk merebut kawasan Parlimen Putrajaya.

Tindakan PAS meletakkan Husam Musa sebagai calon Parlimen Putrajaya boleh Berita Semasa katakan cubaan dan tindakan yang berani sesuai dengan laungan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya dalam PRU13 ini, pertaruhan meletakkan Husam Musa di Parlimen Putrajaya merupakan strategi Pakatan Rakyat untuk menggangu-gugat kedudukan Tengku Adnan Mansor, yang agak selesa ketika ini.

Jangkaan Keputusan PRU13 Putrajaya : Tengku Adnan Mansor Atau Husam Musa?

Setelah  nama Husam Musa dicalonkan di Parlimen Putrajaya, ramai pemerhati politik merasakan bahawa ia merupakan satu tindakan sia-sia. Husam Musa juga sendiri pun kurang yakin pada mulanya dapat merampas kerusi Putrajaya dalam Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) daripada penguasaan Barisan Nasional melalui Tengku Adnan Mansor, berbanding di Salor, dimana beliau juga bertanding sebagai calon DUN di kawasan itu.

Tetapi, daripada maklumbalas yang diterima dari sesi ceramah Pakatan Rakyat terbaru di Putrajaya yang baru diadakan oleh Husam Musa, kehadiran ramai penduduk Putrajaya dalam sesi ceramah tersebut, sedikit sebanyak ia meningkatkan keyakinan Husam Musa sendiri dalam kenyataan terbarunya bahawa beliau datang ke Putrajaya untuk menang.

keputusan pru13 putrajaya

Banyak juga isu yang dilibatkan dengan Husam Musa, terutamanya mengenai skandal dinar emas kendalian Kelantan Golden Trade Sdn Bhd yang didedahkan bekas setiausahanya sendiri, blogger di kickdefella (KLIK SINI)

Berbalik pada Tengku Adnan Mansor, mungkin anda masih ingat lagi kes "Correct,Correct,Correct," Datuk V.K Lingam (DI SINI), iaitu isu skandal percaturan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan yang menggegarkan Malaysia satu ketika dulu.

keputusan pru13 putrajayaKesudahannya, nama-nama yang dikaitkan dalam video tersebut tidak dipanggil dan kes itu digugurkan. Hilang begitu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku pun. Itu belum lagi kita singkap sejarah beliau mencadangkan agar semua pub dan kelab malam dibernarkan beroperasi sehingga pukul 5 pagi semasa menjawat sebagai Menteri Pelancongan tahun 2006 dulu.

Dari apa yang kami nampak, peluang kedua-dua calon yang bertanding di Putrajaya ini nampak seimbang. Masing-masing mempunyai kelebihan untuk menang dan aura mereka sendiri untuk menarik perhatian penduduk Putrajaya bagi mengundi mereka.

Adakah tindakan Pakatan Rakyat meletakkan Husam Musa  berjaya membuka kunci pintu utama Putrajaya? Atau Tengku Adnan Mansor berjaya menutup terus pintu Putrajaya buat selama-lamanya untuk Pakatan Rakyat menjelang PRU13 kelak? Apa kata anda pula?


Tagged as: Husam Musa, Keputusan PRU13 (Kerusi PANAS PARLIMEN), Tengku Adnan Tengku Mansor


Anda sedang membaca artikel tentang

Keputusan PRU13 Parlimen Putrajaya 2013 : Husam Musa (PAS) VS Tengku Adnan (UMNO)? Kunci Putrajaya Ditangan Mereka!

Dengan url

http://inpogajebo.blogspot.com/2013/04/keputusan-pru13-parlimen-putrajaya-2013.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Keputusan PRU13 Parlimen Putrajaya 2013 : Husam Musa (PAS) VS Tengku Adnan (UMNO)? Kunci Putrajaya Ditangan Mereka!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Keputusan PRU13 Parlimen Putrajaya 2013 : Husam Musa (PAS) VS Tengku Adnan (UMNO)? Kunci Putrajaya Ditangan Mereka!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Poskan Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger