Gaji Polis 2013 Naik : Durian Runtuh Bagi Anggota PDRM. Tahniah!

Written By kom enampulpat on Selasa, 12 Maret 2013 | 12.50

gaji polis

Nampaknya lebih ramai anak muda yang akan memasang impian untuk menganggotai polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ini. Kalau dahulu, gred dalam skim lama dipakejkan bersekali dengan jawatan Inspektor, ASP, DSP, Supritenden dalam gred 41. Sekarang?

Sekarang tidak lagi di mana, anggota dan pegawai polis akan menerima skim gaji dan kenaikan pangkat sama seperti penjawat awam yang lain seperti anda, anda di sini. Contohnya ? Contohnya anda boleh semak pelbagai pangkat & kenaikan tangga gaji baru polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2013 seperti di bawah ini :

Tangga Gaji Baru Konstabel (N17)

  • P1 – RM1,013 – RM2,613.61 (P1)
  • P2 – RM1,0851.56 – RM2,681.56)
  • P3 – RM1,151.46 – RM2,751.46

Tangga Gaji Baru Lans Koperal (N22)

  • P1 – RM2,164.44 – RM3,321.99
  • P2 – RM2,325.10 – RM3,657.02

Tangga Gaji Baru Koperal (N26)

  • P1 – RM2,482.33 – RM3,496.05
  • P2 – RM2,719.90 – RM3,815.70

Tangga Gaji Baru 2013 Sarjan (N29) (lantikan)

  • RM1,710.39 – RM4,335.62.

Gaji polis 2013

Dengan sejumlah 109,209 anggota dan pegawai polis, kami yakin masing-masing anggota polis kita akan tersenyum lebar seperti gambar disebelah kiri dengan berita kenaikan gaji baru polis 2013 kali ini.

Sepertimana anda melihat kenaikan tangga gaji baru polis 2013 yang anda semak di atas tadi, gred Konstabel, Lans Koperal, Koperal akan disetarakan kepada Gred 17, 20 dan 22 manakala Sarjan pula menjadi Gred 29.

Manakala bagi gred jawatan Inspektor, Asisten Superintendan Polis (ASP), Superintenden Polis (Supt) dan Asisten Komisioner Polis (ACP) disetarakan kepada Gred 41, 44, 46A dan gred 52 dalam perkhidmatan awam. Tahniah! Tahniah Berita Semasa ucapkan.

Cuma satu harapan, kalau dapatlah kiranya supaya diperbanyakkan anggota polis wanita di dalam PDRM. Apatah lagi kami memerhatikan sekarang semakin banyak jenayah melibatkan wanita. Bagi kami wanita lebih memahami perasaan dan cara terbaik menangani masalah & jenayah yang dihadapi kalangan wanita hari ini. Sekadar cadangan…

P/S: Semoga dengan berita kenaikan gaji polis PDRM 2013 yang baru kali ini akan dapat memberikan satu tonik tambahan & suntikan semangat baharu kepada anggota polis Diraja Malaysia PDRM. Insyaallah!



Anda sedang membaca artikel tentang

Gaji Polis 2013 Naik : Durian Runtuh Bagi Anggota PDRM. Tahniah!

Dengan url

http://inpogajebo.blogspot.com/2013/03/gaji-polis-2013-naik-durian-runtuh-bagi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Gaji Polis 2013 Naik : Durian Runtuh Bagi Anggota PDRM. Tahniah!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Gaji Polis 2013 Naik : Durian Runtuh Bagi Anggota PDRM. Tahniah!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Poskan Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger