(BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Written By kom enampulpat on Sabtu, 09 Maret 2013 | 12.50

Gambar Mayat Penceroboh SULU (BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Lagi Berita Sabah Lahad Datu Malaysia : Tidak cukup dengan isu tentera Malaysia menaiki kapal terbang AirAsia yang telah Berita Semasa ulas (DI SINI), terbaru timbul pula pertikaian & kontroversi membabitkan gambar mayat yang telah didedahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini. Heboh satu Malaysia sekarang ini. Mendengar isu seperti ini ditimbulkan, geleng kepala kami dibuatnya…Mengapa? 

Kami sama sekali tidak sangka dalam keadaan di sebelah Sabah Lahad Datu sana agak "goncang ketika ini, ada juga kalangan pihak yang kami rasa tidak bertanggungjawab membuat spekulasi, mempertikaikan malah menyebarkan pula mengenai ulasan spekulasi gambar mayat tersebut.

Berita Sabah Lahad Datu : Antara Spekulasi Gambar Mayat Yang Dibangkitkan?

Gambar Nur Misuari Facebook (BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Berita Sabah Lahad Datu : Pada asalnya, kontroversi gambar ini dimulakan pertikaiannya oleh laman facebook Nur Misuari (MNLF) sendiri. Yang menyedihkan, ramai yang cepat melatah sehingga terus menyebarkan dan menambahkan lagi spekulasi serta memutar belitkan fakta tanpa sebarang usul periksa yang betul. Sehingga propaganda seperti ini, begitu mudah tersebar luas lebih-lebih lagi di media sosial :

  1. Kenapa mayat yang dijumpai sudah mereput?
  2. Mengapa uniform yang membaluti badan mayat seakan uniform anggota keselamatan Malaysia?
  3. Lain-lain? (Ada yang kami tertinggal?)

Berita Sabah Lahad Datu : Jawapan Isu Gambar Mayat?

Ia sememangnya mayat pengganas dan militan SULU. Dalilnya? Jawapan kepada persoalan "siapa"  boleh ditentukan dengan beberapa faktor :

1. Faktor pakaian :

  • Tali pinggang – tali pinggang polis, komando, VAT69 lain berbanding mayat, tali pinggang.
  • Baju – komando Malaysia lengan pendek berbanding mayat lengan panjang
  • But – But sebelah Malaysia kulitkraf, rekabentuknya berlainan dengan yang dipakai mayat. Rekabentuk but sama seperti askar Filipina
  • Stokin – stokin Malaysia hitam berbanding mayat ada 3 line

2. Faktor keadaan mayat :

  • Sebenarnya, gambar mayat penceroboh yang dijumpai baru-baru ini iaitu sejumlah 9 orang telah terbunuh pada pertempuran yang berlaku pada 1 Mac 2013 di mana ketika itu 2 komando VAT6 turut terbunuh (KLIK SINI)
  • Penceroboh juga pernah meminta diberikan mereka ruang untuk kebumikan rakan mereka. Dan dalam situasi konflik yang telah pun meletus sekarang ini, mereka akan buat seringkas yang boleh dan mereka (penceroboh) masih menganggap  perjuangan mereka ini adalah perjuangan syahid

3. Faktor identitifikasi/keluarga :

  • Yang ini faktor yang paling penting sebenarnya, sekiranya kalau betullah ia anggota keselamatan Malaysia, sudah tentu ada keluarga mereka akan buat laporan kepada MIA. Hakikatnya, sehingga kini tiada laporan dibuat.
  • Secara logiknya, takkanlah kematian atau kehilangan anggota keselamatan kita mahu dirahsiakan?
  • Sedangkan, jika ada anggota keselmatan Malaysia yang terkorban, pasti pihak kerajaan akan memaklumkan kepada keluarga mangsa.

4. Faktor lain-lain :

  • Sudah pasti, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil risiko dengan menyembunyikan fakta sebenar. Maka, sudah pasti siasat telah  dibuat dengan teliti sebelum didedahkan.
  • Ini kerana jika fakta yang diberikan tidak benar ataupun telah dipusingkan pasti ia bakal menjadi isu yang sangat besar
  • Jadi kami tidak rasa menteri, pihak atasan keselamatan negara dan kerajaan Malaysia mahu mengambil risiko besar sebegini dengan berita sabah lahad Datu yang menipu rakyat Malaysia
  • Lagipun, isu ini isu serius. Perkara yang melibatkan kematian anggota kita sendiri perkara ini bukan perkara main-main lagi
  • Pada pendapat kami, tiada kemungkinan langsung pihak berkuasa & kerajaan Malaysia akan sembunyikan jumlah korban sebenar dari kalangan anggota keselamatan yang terlibat. Tidak sama sekali.

Berita Sabah Lahad Datu Malaysia : Gambar Yang Dikongsikan Bersama Media?

Unutk melihat paparan gambar yang lebih jelas, sila KLIK KANAN pada setiap gambar di bawah :

SULU Lahad Datu (BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Gambar Berita Sabah Lahad Datu 1 : Gambar tubuh lelaki bersenjaya yang merupakan penceroboh & militan SULU yang telah ditembak dan dibunuh pada 6:45 pagi (6 Mac 2013)

Gambar Lahad Datu Malaysia (BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Gambar Berita Sabah Lahad Datu 2 : Gambar senjata penceroboh SULU yang berjaya dirampas

Lahad Datu News (BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Gambar Berita Sabah Lahad Datu 3 : Gambar yang menunjukkan pasukan keselamatan Malaysia telah menemui lubang besar yang memuatkan 9 mayat milik penceroboh SULU di Kampung Tanduo

Gambar Mayat Penceroboh SULU1 (BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Gambar Berita Sabah Lahad Datu 4 : Gambar mayat yang dijumpai di posisi lain

Entahlah….sehinggakan kami sendiri tertanya-tanya melihatkan begitu banyak gambar spekulasi & gambar CSI mengenai mayat yang dijumpai anggota tentera Malaysia kita bertebaran di Internet :

Adakah sebenarnya ramai yang mahu mendengar dan melihat sangat jumlah anggota polis+tentera yang meninggal lebih ramai daripada yang diberitahu pihak berkuasa?

Walaubagaimanapun, tidak kira mayat siapa sekalipun baik hormatlah mayat tersebut apatah lagi jika berlaku kemusykilan mengenai status mayat tersebut. Jangan memburukkan lagi keadaan dengan membuat spekulasi & menyebarkan fitnah.

Ini berkaitan dengan isu keselamatan kedaulatan negara, diharapkan. Tiada siapa yang main-mainkan isu seperti ini. Sepatutnya, dalam isu krisis Lahad Datu Sabah, Malaysia, semua masyarakat bersikap non partisan. Berbeza pendapat itu boleh tetapi janganlah isu-isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan sebagai bahan propaganda murahan.

Kami juga harapkan pada masa dan waktu ketika ini, tidak kiralah anda daripada parti cap apa sekalipun,pakat-pakatlah kita bersatu. Tujuannya hanya satu :

Menghalau sebarang anasir dan ancaman yang datang dari luar mengganggu gugat kedaulatan dan keselamatan negara.

Tunjukkan kepada orang luar, rakyat Malaysia bijak berpolitik, hanya tepuk-tepuk tampar sahaja. Kemudian elok semula. Tetapi sekali negara kita dikacau, kita tetap bersatu. Apa pendapat balas anda pula?

Tagged as: Isu Lahad Datu Sabah


Anda sedang membaca artikel tentang

(BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

Dengan url

http://inpogajebo.blogspot.com/2013/03/breaking-news-berita-sabah-lahad-datu.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

(BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

namun jangan lupa untuk meletakkan link

(BREAKING NEWS) Berita Sabah Lahad Datu : Isu Gambar Mayat Dipolitikkan? Mayat SULU @ Anggota PDRM?

sebagai sumbernya

0 komentar:

Poskan Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger